Social Icons

Pages

Thursday, January 30, 2014

Harga emas naik lagiii

Salam untuk semua.
Mulai 28 Januari pihak FGJAM telah menaikkan harga emas 916 kepada RM 155 segram. Kenaikan sebanyak RM 5.00 berbanding harga sebelumnya.
Sehubungan dengan ini kami di Kedai Emas Shida juga turut menaikkan harga emas 916.
Namun begitu kami masih lagi mengekalkan harga emas tanpa upah,

Naik sedikit sahaja. Namun kuasa beli anda untuk membeli perhiasan emas 916 rasanya masih lagi ampuh. Ayuhhhh jangan berlengah, miliki barangan kemas idaman hati anda di Kedai Emas Shida.

Kami sedia melayan anda untuk membuat pilihan. Pilihan yang kami sediakan juga cun melecun dan cantik-cantik designnya.

Kedai Emas Shida, kedai emas pertama Tanpa Upah

BERITA BAIK : Kami di Kedai Emas Shida tetap menjual emas Tanpa Upah.

Kedai emas lain sudah pasti, masih  memaksimakan kadar upah mereka sehubungan dengan kenaikan harga yang sedikit. Namun kami di Kedai Emas Shida tidak melakukan perkara itu. Kami masih berpegang kepada prinsip konsep kedai emas tanpa upah kami.

Baru-baru ni kami survey di Habib Jewel Angsana...upah bagi barangan kemas 916 melebihi 10g upahnya adalah RM 1220.00 (Seribu dua ratus dua puluh ringgit). Malah ada barangan kemas yang upahnya sahaja sudah sebanyak RM 2200. Wow mahalnya. Namun  menurut salesgirl disitu...harga upah boleh diskaun lagi sehingga 20%. Wow masih mahal lagi tu.

Mari membeli emas di Kedai Emas Shida tanpa keraguan harga.


Kedai Emas Shida, kedai emas pertama Tanpa Upah.

No comments:

Post a Comment