Social Icons

Pages

Showing posts with label corat coret. Show all posts
Showing posts with label corat coret. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

corat coret kedai emas -1


Ada seorang akak datang ke kedai emas kami. Sambil melihat-lihat rantai emas, dia bertanya tentang emas miliknya. Boleh tahan juga berat rantai tangan kakak ini.

Rupa-rupa kakak  ini berhasrtat untuk menjual rantai tangan yang kelihatan masih cantik buatannya. Setelah ditimbang beratnya, kami memberitahu nilai rantai tangan tersebut melebihi RM3000. Dia agak terkejut dengan nilai barang kemasnya.

 Maunya tak terperanjat, kerana ketika dia membeli emas tersebut, harganya dalam lingkungan RM600 sahaja.Lebih kurang dalam tempoh 18 tahun sejak dia membeli emas tersebut. Katanya dia membeli emas itu tidak berapa lama selepas berkahwin. Kalau dikira sejak mula membeli hingga hari ini, sudah berapa kali ganda nilainya. Katanya duit daripada jualan emas ini akan digunakan untuk membiayai anaknya yang akan masuk ke UiTM.

Pengajaran untuk kami:
Simpan emas untuk kegunaan jangka panjang tidak akan merugikan.