Social Icons

Pages

Showing posts with label konsep. Show all posts
Showing posts with label konsep. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Konsep Kedai Emas Tanpa Upah

Bagi peminat, pembeli dan penyiman emas tegar, perkataan upah tidak menjadi masalah kepada mereka. Mereka ini cukup memahami apa itu upah yang dikenakan oleh kedai emas.

Namun sejak emas menjadi kegilaan ramai orang di Malaysia dan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu, banyak peniaga emas secara online menawarkan emas, barang kemas tanpa upah.
Apa sebenarnya upah dalam konsep emas.

Upah atau upah tukang dikenakan kepada pembeli emas untuk kerja-kerja pembuatan emas. Contohnya untuk menyiapkan seutas rantai tangan, sudah pasti ada tukang emas yang membuatnya. Kerja-kerja pertukangan emas ini akan dibayar kepada tukang emas samada secara pukal iaitu upah dibayar untuk kiraan seutas. Mungkin ada juga tukang emas mengenakan upah bagi kiraan segram barang kemas yang dibuat. Mungkin upah untuk rantai tangan tadi dikira upahnya dengan kadar RM3 segram. Jadi sekiranya berat rantai tangan tadi 10 gram, maka upah untuk rantai ini berjumlah RM30.

Kita kena sedia maklum bahawa untuk penjualan emas/barangan kemas oleh kedai emas, harga emas tidak akan diturunkan. Contohnya hari ini, harga FGJAM untuk emas 916 adalah RM190.00. Maka harga sebenar yang perlu di bayar oleh pembeli emas adalah seperti berikut.

Berat barang kemas x harga emas + harga upah = Jumlah kena bayar

10g X RM190 + RM30 = RM1930

Tetapi di KeDAI EMAS SHIDA, anda akan membayar jumlah di bawah:

10g X RM190 + RM0 ( Tiada Upah) = RM 1900

RM 1930 - RM1900 = RM30

Penjimatan RM30.

RM30 adalah suatu jumlah yang besar. Kenapa perlu bazirkan RM30 dan RM30 ini boleh digunakan untuk membeli banyak barang keperluan lain. Untung kan.Malah kadang-kadang kadar upah kedai emas adalah jauh melebihi daripada RM30. Tidak berbaloi mengeluarkan duit sebanyak itu.

Namun berita paling baik untuk peminat, pembeli dan pengumpul emas, KEDAI EMAS SHIDA tidak mengenakan sebarang upah untuk pembelian semua jenis emas yang dijual. Bermakna harga upah emas adalah RM0. Langsung tidak ada upah.

Malah sekiranya anda sebagai pembeli mampu meyakinkan kami, kami di KEDAI EMAS SHIDA bersedia memberikan potongan diskaun kepada harga emas.

Dan kami di KEDAI EMAS SHIDA sangat percaya, tawaran terbaik ini tidak akan anda perolehi di lain-lain kedai emas. PERCAYALAH.