Social Icons

Pages

Sunday, April 21, 2013

Harga Terbaik untuk membeli

Salam emas untuk semua.

Mulai 18/3/2013 harga emas mengalami penurunan yang ketara.
Penurunan harga emas ini merupakan berita yang amat baik kepada semua pembeli emas, peminat emas dan pengumpul emas.
Dengan nilai yang rendah bermakna anda akan mendapat gram yang lebih daripada jumlah wang yang anda miliki.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan koleksi barangan kemas anda.
Ramai telah mengambil peluang keemasan ini. Anda bila lagi?

Dan berita yang paling baik, Kedai Emas Shida masih menjual dengan barangan kemas TANPA UPAH.















UNTUNG beli emas waktu murah begini.
CEPAT CEPAT!!!

Nota:
Seorang pelanggan menceritakan betapa tingginya upah di kedai emas lain di sekitar Kulaijaya. Beliau menceritakan keinginannya membeli loket seberat 2.06 gram. Anda tahu berapa upah yang dikenakan oleh pekedai tersebut.
Upah yang tidak masuk akal, RM200 untuk loket seberat itu. Memang tidak berpadanan. Namun pelanggan tadi amat berpuas hati dengan Kedai Emas Shida...SEBAB...Kedai Emas Shida tidak mengenakan sebarang upah (RM 0 ). Memang berbaloi.
And belilah berapa banyak gram pun, tetap tidak akan dikenaka upah tukang.
Kami hanya menjual mengikut berat emas sahaja.
WOW....CEPAT beli emas sekarang.

Friday, March 29, 2013

Berita Baik !!!

Berita baik kepada pelanggan Kedai Emas Shida yang amat dihargai.
Mulai 28 Mac 2013, pihak kami menerima pembayaran melalui kad kredit/kad debit.

Senarai kad yang diterima sebagai medium pembayaran
- MasterCard
-Visa Card
-Bankcard
-JCB Card
-American Express.


Kami mengalu-alukan pelanggan yang ingin membeli dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit/deit kad seperti dinyatakan di atas.

Untuk makluman para pelanggan, memandangkan Kedai Emas Shida berkonsepkan Kedai Emas Tanpa Upah, maka dimaklumkan bahawa caj bank akan kami kenakan kepada pelanggan yang membuat pembayaran yang menggunakan kad. Perkara ini tidak dapat kami elakkan bagi tujuan kemudahan para pelanggan.

Silalah datang dan belilah emas dan bayarlah melalui cara tunai ataupun menggunakan kad.

Kedai Emas Shida - Kedai Emas Tanpa Upah Pertama di Malaysia.

Sunday, March 3, 2013

corat coret kedai emas -1


Ada seorang akak datang ke kedai emas kami. Sambil melihat-lihat rantai emas, dia bertanya tentang emas miliknya. Boleh tahan juga berat rantai tangan kakak ini.

Rupa-rupa kakak  ini berhasrtat untuk menjual rantai tangan yang kelihatan masih cantik buatannya. Setelah ditimbang beratnya, kami memberitahu nilai rantai tangan tersebut melebihi RM3000. Dia agak terkejut dengan nilai barang kemasnya.

 Maunya tak terperanjat, kerana ketika dia membeli emas tersebut, harganya dalam lingkungan RM600 sahaja.Lebih kurang dalam tempoh 18 tahun sejak dia membeli emas tersebut. Katanya dia membeli emas itu tidak berapa lama selepas berkahwin. Kalau dikira sejak mula membeli hingga hari ini, sudah berapa kali ganda nilainya. Katanya duit daripada jualan emas ini akan digunakan untuk membiayai anaknya yang akan masuk ke UiTM.

Pengajaran untuk kami:
Simpan emas untuk kegunaan jangka panjang tidak akan merugikan.

Tuesday, February 26, 2013

Suasa - Jual kepada kami

Salam emas untuk semua.
Ramai di kalangan pelanggan kedai Emas Shida bertanya tentang suasa. Samada mereka bertanya untuk membeli atau menjual suasa milik mereka.
perhiasan suasa

Untuk makluman, buat masa ini kami tidak menjual perhiasan daripada suasa samada untuk dipakai oleh golongan wanita mahupun lelaki. Mungkin di masa akan datang kami akan memikirkan untuk menjual perhiasan daripada suasa.

Ramai juga di kalangan pelanggan Kedai Emas Shida bertanya, adakah kami menerima suasa untuk ditukar dengan wang tunai. Kebanyakan kedai emas di kawasan kulaijaya tidak menerima suasa.

Berita baik untuk semua penyimpan suasa, samada perhiasan suasa yang sudah tidak mahu dipakai, rosak malah yang tinggal cebis-cebisan diterima oleh Kedai Emas Shida untuk ditukar dengan wang tunai. Kami percaya, ramai dikalangan warga Kulaijaya yang memiliki barangan suasa, namun tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan suasa yang tidak digunakan lagi.

Apa tunggu lagi.

TUKAR SUASA DENGAN WANG TUNAI.

Anda dapat wang tunai yang boleh digunakan untuk pembelian pelbagai keperluan anda.

Tuesday, February 5, 2013

Kedai Di Buka Semula

Makluman kepada semua pelanggan Kedai Emas Shida,

Kedai  kami dibuka semula mulai hari ini, RABU 6 Febuari 2013.

Terima kasih di atas kesabaran anda menunggu. Memang ramai yang menelefon dan walk in ke kedai lama, namun kecewa kerana kedai lama sudah tidak beroperasi.

Kami memohon berbanyak maaf di atas segala kesulitan yang di alami.

Monday, January 28, 2013

Pindah Kedai

Untuk makluman semua pelanggan Kedai Emas Shida, kedai kami akan berpindah ke lokasi baru mulai 27 Januari 2013.

Lokasi baru : LOT 170, TJ Mart, Saleng, 81400 Senai, Johor.

Tarikh pembukaan kedai baru akan kami maklumkan kemudian.

Kami akan berpindah ke lot baru yang terletak beberapa lot daripada lot Kedai Emas Shida yang lama. Perpindahan ini tidak dapat dielakkan disebabkan lot kedai kami yang lama berada di kedudukan agak tertutup dek kerana dinaungi oleh kedai baru COSWAY.

Perpindahan lot kedai ini juga bermakna kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menawarkan barang kemas yang lebih terkini rekabentuknya.

Dan BERITA BAIK....kami masih lagi akan menjual barang kemas TANPA UPAH. Bermakna lebih keuntungan untuk anda.