Social Icons

Pages

Friday, March 29, 2013

Berita Baik !!!

Berita baik kepada pelanggan Kedai Emas Shida yang amat dihargai.
Mulai 28 Mac 2013, pihak kami menerima pembayaran melalui kad kredit/kad debit.

Senarai kad yang diterima sebagai medium pembayaran
- MasterCard
-Visa Card
-Bankcard
-JCB Card
-American Express.


Kami mengalu-alukan pelanggan yang ingin membeli dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit/deit kad seperti dinyatakan di atas.

Untuk makluman para pelanggan, memandangkan Kedai Emas Shida berkonsepkan Kedai Emas Tanpa Upah, maka dimaklumkan bahawa caj bank akan kami kenakan kepada pelanggan yang membuat pembayaran yang menggunakan kad. Perkara ini tidak dapat kami elakkan bagi tujuan kemudahan para pelanggan.

Silalah datang dan belilah emas dan bayarlah melalui cara tunai ataupun menggunakan kad.

Kedai Emas Shida - Kedai Emas Tanpa Upah Pertama di Malaysia.

Sunday, March 3, 2013

corat coret kedai emas -1


Ada seorang akak datang ke kedai emas kami. Sambil melihat-lihat rantai emas, dia bertanya tentang emas miliknya. Boleh tahan juga berat rantai tangan kakak ini.

Rupa-rupa kakak  ini berhasrtat untuk menjual rantai tangan yang kelihatan masih cantik buatannya. Setelah ditimbang beratnya, kami memberitahu nilai rantai tangan tersebut melebihi RM3000. Dia agak terkejut dengan nilai barang kemasnya.

 Maunya tak terperanjat, kerana ketika dia membeli emas tersebut, harganya dalam lingkungan RM600 sahaja.Lebih kurang dalam tempoh 18 tahun sejak dia membeli emas tersebut. Katanya dia membeli emas itu tidak berapa lama selepas berkahwin. Kalau dikira sejak mula membeli hingga hari ini, sudah berapa kali ganda nilainya. Katanya duit daripada jualan emas ini akan digunakan untuk membiayai anaknya yang akan masuk ke UiTM.

Pengajaran untuk kami:
Simpan emas untuk kegunaan jangka panjang tidak akan merugikan.